Salam pagi Jumaat.. Akhirnya semua kisah ini telah terjawab.. aku telah mendapat jawapan di atas segala persoalan yang selama ini bermain di minda.. terima kasih Ya Allah kerna telah memudahkan semua ini wpon mencalar maruah yang ku jaga selama ini.
Entahlah...aku seolah-olah terlepas dari satu beban yang amat berat selama ini. Bukan kecewa yang aku dapat tapi satu rasa ketenangan yang lema tidak diperolehi. terima Kasih Ya Allah atas semua yang telah kau aturkan untukku.. Akan ku terus berdoa dan semoga doaku ini akan diperkenankan satu hari nanti.
Bahagia kah aku? Mungkin aku tidak sebahagia dulu..tapi aku masih bersyukur sebab kau pinjamkan dia kepadaku walaupun seketika. Semoga saat-saat indah itu akan menjadi satu kenangan yang bermakna dalam hidupku. Berkenaan kes itu...hanya Kau Ya Allah yang mengetahui maksud tersirat di sebalik kejadian itu. Walaupon jawapan nya belum ku perolehi..aku mohon padamu ya Allah tunjukkan lah aku kebenarannya. Adakah semua itu mainan syaitan buat diriku atau aku sendiri terbawa2 oleh ingatan ku yang separa sedar ke atasnya?
Setiap sesuatu yang berlaku tiada kebetulan..semua nya dalam perancangan Mu.. Semoga semuanya membawa kepada kebaikan diri ku dan keluarga. Terima kasir ya Allah atas semua nikmat mu yang telah kau berikan kepadaku sepanjang kehidupan ini.
Thursday, February 13, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment