Thursday, February 20, 2014

sudah seminggu berlalu... nampaknya...segala nya sudah kembali normal.. terima kasih ya Allah.. sebab berikan kekuatan aku untuk meneruskan kehidupan di bumi melaka ini. semoga hari esok juga akan lebih mudah untuk kuhadapi. pejam celik sudah dua bulan berlalu. insyaallah masa akan cepat berjalan. semoga penantian ini akan berakhir. Permudahkan untukku Ya Allah.

Semalam yang berlalu takkan berulang..abadikan dia dalam kenangan... semoga esok menjanjikan kebahagian buat ku dan keluarga.

Thursday, February 13, 2014

Salam pagi Jumaat.. Akhirnya semua kisah ini telah terjawab.. aku telah mendapat jawapan di atas segala persoalan yang selama ini bermain di minda.. terima kasih Ya Allah kerna telah memudahkan semua ini wpon mencalar maruah yang ku jaga selama ini.
Entahlah...aku seolah-olah terlepas dari satu beban  yang amat berat selama ini. Bukan kecewa yang aku dapat tapi satu rasa ketenangan yang lema tidak diperolehi. terima Kasih Ya Allah atas semua yang telah kau aturkan untukku.. Akan ku terus berdoa dan semoga doaku ini akan diperkenankan satu hari nanti.
Bahagia kah aku? Mungkin aku tidak sebahagia dulu..tapi aku masih bersyukur sebab kau pinjamkan dia kepadaku walaupun seketika. Semoga saat-saat indah itu akan menjadi satu kenangan yang bermakna dalam hidupku. Berkenaan kes itu...hanya Kau Ya Allah yang mengetahui maksud tersirat di sebalik kejadian itu. Walaupon jawapan nya belum ku perolehi..aku mohon padamu ya Allah tunjukkan lah aku kebenarannya. Adakah semua itu mainan syaitan buat diriku atau aku sendiri terbawa2 oleh ingatan ku yang separa sedar ke atasnya?
Setiap sesuatu yang berlaku tiada kebetulan..semua nya dalam perancangan Mu.. Semoga semuanya membawa kepada kebaikan diri ku dan keluarga. Terima kasir ya Allah atas semua nikmat mu yang telah kau berikan kepadaku sepanjang kehidupan ini.

Thursday, February 6, 2014

Dear blog...harini aku dapat satu benda baru dalam hidupku... dari seorang kawan lama yang hidupnya jauh lagi tersasar dariku...tapi diberikan hidayah oleh mu Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku tentang perkara ini. Mungkin ini adalah segala jawapan terhadap segala persoalan di minda ku selama ini. Nampak sangat aku tidak jauh dari Mu Ya Allah...terima kasih Ya Allah kerana memberikan jawapan kepada semua ini.

Wednesday, February 5, 2014

Kelmarin aku telah memulakan langkah pertama... untuk menjadi diriku yang dulu.. tetapi kenapa semuanya begitu sukar??? kekadang aku tak paham..adakah hatiku begitu lemah.... sukarnya memulakan semula perjalanan di tempat yang sama. mungkin telah ditakdirkan aku akan meneruskan kehidupan ditempat yang lain...
Kenapa manusia suka menundingkan jari pada orang lain...tak bolehkah bercerita dengan hal-hal sendiri..kenapa orang lain selalu salah di mata mereka? kenapa perlu bercerita hal urusan orang lain kalau hal sendiri pon tak terjaga?
Terlalu baikkah diri mu sehingga perlu nak menghebohkan semua yang berlaku? Tak boleh ker ko just shut up ur mouth? bukankah pekerjaan mu sepatut nya begitu..tak paham aku bila facebook dijadikan tempat untuk meluahkan rasa bangga dengan diri mu yg konon nya sangat bagus..
sedar tak...sebenarnya ko yang banyak bercakap tentang orang lain.. ???

Tuesday, February 4, 2014

Saat saat indah itu semua nya telah berlalu...takkan ada sesiapa yang akan mengerti tentang sebuah hubungan ini. Semuanya bagaikan satu kenangan yang hanya diri sendiri saja memahami. sayang sebab hubungan yang terjalin seolah-olah tamat disini. Siapakah yang perlu disalahkan??
Hidup ini seolah menghukum ku..seolah-olah aku telah dipanahkan agar tidak akan bahagia dengan mana-mana insan atas kesilapan lama ku. Tak layak kah aku untuk mengecapi kebahagian dunia ini?Jika ini membawa kepada kebahagian akhirat...tak layak kah aku untuk menikmati nya?
Kenapa..mengapa..semua persoalan itu bermain dihatiku.. bukan aku cuba menidakkan qada dan qadar yang telah ditetapkan utk ku..cuma aku masih belum mengerti apakah rahsia disebalik semua ini.
Kadang-kadang rasa terbeban dengan dua pertanyaan... perlukah terus berdoa..atau beralah dengan situasi sekarang...adakah aku salah dalam berdoa selama ini???
Ya Allah..tunjukkan jalan yang sepatutnya aku lalui... lembutkanlah hatiku agar aku tidak degil dengan keinginanku sendiri..bantulah aku agar tidak tewas dengan nafsuku sendiri...
Apa sebenarnya yang aku perlukan dalam hidup ini? kenapa hati ku begitu gelap seolah-olah tiada sinar langsung di hatiku..  Tak layak kah aku ya Allah? Astaghfirullahallazim...

Monday, February 3, 2014

Lirik Saat Saat Terindah - Rama Band

Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa temani sepi
kini semua cintamu tlah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan
sendiri

Waktu trus berjalan dan memberi
perih di hati
hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku menyadari
kau bgtu berarti di dalam hidupku ini

Saat-saat yang indah saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg tlah berlalu kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ku ingin kembali

Hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai diriku lagi
kini baru aku sadari
kau bgtu berarti di dalam hidupku ini

Semalam yang telah ku tinggalkan...telah banyak yang berubah... siapa sangka semuanya berubah dalam sekelip mata.. kau yang ku puja telah digantikan dengan insan lain. Namun takdir masih belum menyebelahi diriku kerna dia juga bukan untukku..
Hidup ini sangat misteri...tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok.. 6 tahun dulu sudah terlalu lama utk melupakan semua kenangan itu.. siapa sangka... aku masih bersama mu walaupun hatiku terbahagi sebegini... tiada siapa yang dapat memahami hatiku... mendengar luahan ku.. walaupun kau seolah-olah dapat membaca hatiku...tapi aku masih takut untuk beterus terang dengan mu.. mengakui hakikat yg aku kecewa dengan insan lain...

Tuesday, May 12, 2009

Masa berlalu … hidup perlu diteruskan...
Abadikan kenangan semalam......


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.